CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 26, 2012

guru ganti





                                              

                            GURU OH GURu



ada satu hari, aku trima call dri ppd di office aku la... org tu cakap aku ' anda dapat tawaran jadi guru ganti. nak terima tak, ?.. so u all rasa aku jawab apa..... mesti la ..yer... hahahahhaha walaupon ada keje dah..tapi cakap tak da keje lagi.... 

so pagi tu aku p pjbt ppd nak lapor diri. ok.... 



kelayakan
gaji
ijazah
rm100
Stpm/diploma
rm79 * mcm rm70 la..aku lupa gaji sbnr
Spm
rm59

* NIE GAJI BAGI GRED2 TERTENTU LA....

so ptg tu ja aku kena mngajar trus ( lapor diri kat sekolah)... aku kena mngaja petang... so kena g sek jam 10 pg - 6.30 ptg.... 


                                                          nakal giler...... sabo jela......errrr



first time aku p keje, na... budak2 nakal wey... gatal..kurang ajar la jugak.... menjerit dlm kelas..hahahhahahahha na.* balik rumah terus hilang sore.... huhuhuhuhu*........
 environment sek. yg kurg memuaskan... meja kena kogsi gan cg2 pagi.. so brg2 kita nak letak mna kan..so * kurang puas hati la.hahahahah






agak jauh dari rumah berbanding keje yang aku dah tengah keje tu so aku pon abik keputusan untuk tglkan dunia guru..* ala guru ganti ja* hahhaha .... so kembali ke dunia keje yag sebebnrnya..... 

cara nak mohon guru ganti.....


1. wat resume, sijil, n hantar di ppd masing2.. pejabat pendidikan daerah korang k... tggu la ada kekosongan ke tak.. kat tempat aku nie.. banyak nak pakai guru geografi... hhahaha ok la klu nak cuba.....





sape nak cuba jadi cg...try la...all the best k...hahahahahha

dunia pekerjaan



.



aduhai..peningnya kepala..... mcm nak muntah ja.... aku keja di tempat yang wat service bus. aduhai peningnya minta2 duit nie.... kira hutang org.pastu driver pula bg duit kat sapa2 ntah. pastu dah la kita yang jaga akaun diarong so... erm..sangt pening kpla... blaja hal alam sekitar tapi kena keje bhgian yang main angka2...aduhai.....



                                                pening n mcm tak dapat teruskan jer...


duit org ni, kita kena  jaga2 takut beb.... dah banyak hari memikir hal tu.. last2 aku ambik kptusan bia ja la kat diaorg. janji aku buat keje aku juz minta duit, pastu apa yg diaorg ckp, aku tulis je n wat report bg kat bos... selesai keje. dah org tak mau byar... takkan nak paksa2 lagi.... aku kena buat mcm tu spaya hidup aku lebih happy... n sakit kpla jer....

                                                                     kan dah happy.....

p/s : tanagh cari keje len jugak nie...hahahahhahahahah


Sunday, June 24, 2012

nie pokok ape ???





ha..... sapa pandai...ni pokok apa?????? na...na....na..... xthu la tu... klu yg thu tu.... bgus la..hampa mmg mmg cintakan alam sekitar..hehehhehehehehehehhehehehehhee

bagi yang xthu... nie adalah POKOK GAHARU...... nie hasil daripada apa yg aku tgok dri pgalaman aku la.... 
mula2 kita tgok dulu ....

                      i.        Jenis Pokok Gaharu

Pokok Gaharu mempunyai pelbagai jenis dari segi pelbagai segi. Gaharu amat dikenali sebagai Chan  - Xiang di dalam bahasa Cina. Manakala di dalam bahasa jepun pula, ia digelar jin – koh. Kedua – dua nama tersebut mempunyai makna yang sama iaitu ‘ Kemenyan Tenggelam ‘ iaitu merujuk kepada ketumpatannya yang tinggi. Di dalam bahasa Arab, gaharu di gelar kayu literal yang mengambarkan gaharu di dalam Negara dan berdasarkan akidah islam. Di samping itu juga, minyak wangi barat juga menggunakan minyak daripada pokok gaharu iaitu di gelar ‘ Oud ‘ atau ‘ Oude ‘.

Di Eropah ia dirujuk sebagai Lignum Aquila ( kayu burung helang ) atau Agilawood ekoran persamaan bunyi agila dengan gaharu. Antara nama lain ialah lignum Aloes atau Aloeswood. Terdapat pelbagai gelaran bagi pokok gaharu mengikut Negara – Negara yang mempunyai pokok gaharu. Contohnya :

Jadual 1 : gelaran bagi pokok gaharu mengikut Negara.
Bil.
Nama negara
Gelaran
1.     
Assamesa
Ogoru
2.     
Indonesia dan Malaysia
Gaharu atau Pokok Karas
3.     
Vietnam
Tram Huang
4.     
New Guinea
Ghara
5.     
Hindi ( India )
Agar
6.     
Thailand
Mai Kritsana
7.     
Loas
Mai Ketsana

Jadual 2 : Antara  jenis gaharu mengikut Negara .
Bil
Spesies
Negara
1.     
Aquilaria Subintegra
Thailand
2.     
Aquilaria Sinensis
China
3.     
Aquilaria Rostrata
Malaysia
4.     
Aquilaria Microcapa
Indonesia dan Malaysia
5.     
Aquilaria Khasiana
India
6.     
Aquilaria Hilata
Indonesia dan Malaysia
7.     
Aquilaria Grandiflora
China
8.     
Aquilaria Filaria
Nuegini dan China
9.     
Aquilaria Cumingiana
Indonesia dan Philippines
10.  
Aquilaria Brachyantha
Malaysia
11.  
Aquilaria Beccarian
Indonesia
12.  
Aquilaria Baneonsis
Vietnam
13.  
Aquilaria Baillonil
Thailand, Combodia, Loas dan Vietnam
14.  
Aquilaria Apiculata
Philippines
15.  
Aquilaria Malaccensis
Thailand, India, Indonesia dan Malaysia
16.  
Aquilaria Crassna
Thailand, Cambodia, Loas dan  Vietnam

Jadual 3 : Antara jenis gaharu yang terdapat di Malaysia
Bil.
Nama Saintifik
Negeri / kawasan taburan semulajadi
1.     
Aquilaria Hirta
Sepanjang pantai timur, Terungganu, Pahang dan Johor
2.     
Aquilaria Beccariana
Bahagian selatan Johor
3.     
Aquilaria Rostrata
Pahang ( Gunung Tahan), Habitan gunung
4.     
Aquilaria Malaccencis
Seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak kecuali Kedah dan perlis.
5.     
Aquilaria Microcarpa
Johor dan kawasan bakau

                     ii.        Ciri – ciri Gaharu di Malaysia

Pokok Gaharu mempunyai ciri – cirinya yang tersendiri. Antaranya ialah :

Jadual 4 : ciri – ciri gaharu mengikut nama.
Bil.
Nama Saintifik
Ciri – ciri
1.     
Aquilaria Hirta
Pokok kecil dalam lingkungan 15 cm tinggi, permukaan di bawah daun adalah berbulu, daun berbentuk ovate oblong
2.     
Aquilaria Beccariana
Pokok adalah sederhana. Dalam lingkungan 20m, urat kedua daun adalah lebih jelas, daun berwarna kelabu dan tidak berkilat,
3.     
Aquilaria Rostrata
Urat kedua daun tidak jelas
4.     
Aquilaria Malaccencis
Permukaan daun berkilat, runcing dan bujur.
5.     
Aquilaria Microcarpa
Pokok besar dalam lingkungan 36m, buah kecil dan berbentuk hati.
                   Sumber : http://www.gaharuonline.com/gaharu_name.htm

                    iii.        Kegunaan Pokok Gaharu

Pokok gaharu mepunyai pelbagai jenis kegunaan yang sering di komersialkan. Pada kebiasaanya, batang, daun dan akar pada pokok gaharu akan digunakan untuk membuat produk komersial. Pelbagai Produk telah dihasilkan melalui bahan tersebut. Antaranya ialah :

a.    Produk wangian.

Gaharu mempunyai resin yang padat yang terdapat di dalam jaringan kayu yang memiliki enam komponen utama iaitu furanoid sesquiterpenen ( a – agarofuran, bagarofuran dan agarospirol ), furanoid sesquiterpene, chromone ( dari jenis A, malacensis ), sequiterpenoido, eudesmana dan valencana. Kandungan tersebut merupakan ciri khas bagi gaharu seperti chromone yang memberikan aroma yang harum. Bahan gaharu yang sering digunakan merupakan dalam bentuk bahan baku ( kayu, bulatan, cacahan dan bubuk ). Aroma yang wangi dan harum yang diperolehi dengan cara membakar secara sederhana dan sering  dilakukan oleh Masyarakat Timur Tengah seperti Arab Saudi, Uni Emirat Arab, Yaman dan Oman. Manakala penggunaan secara bervariasi lebih banyak dilakukan di China, Korea dan Jepun seperti bahan baku industri minyak wangi, perubatan, kosmetik, dupa dan pengawet perlbagai jenis asesoris serta untuk keperluan kegiatan relijus.

b.    Perubatan

Ekoran daripada perkembangan teknologi yang kian meningkat, teknologi perubatan juga dilihat semakin maju. Teknologi perubatan telah membuktikan bahawa gaharu mempunyai pelbagai faedah seperti ubat – ubatan. Contohnya, anti asmatik, anti mikroba, stimulasi saraf dan pencernaan. Pada zaman cina kuno, gaharu digunakan sebagai ubat untuk mengurangkan sakit perut, perangsang nafsu, penghilang rasa sakit, kanser, tersedak, sakit ginjal, sakit paru – paru dan sebagainya. Manakala di Eropah pula, gaharu dijadikan sebagai ubat untuk kanser. Di India, gaharu di gunakan untuk ubat bagi tumor usus. Selain itu juga, bagi Negara lian seperti Singapura, China, Korea, Jepun, USA gaharu telah digunakan sebagai ubat untuk menghilangkan stress, asma, hepatitis, sirosis.

                   iv.        Tumbesaran dan permatangannya

Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter ( tinggi ) dan berdiameter 40 cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi akan mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada ketahanan pokok dan tindak balas kecederaan pokok tersebut. Pokok gaharu juga hidup di kawasan tanah pamah sehingga 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan serta kelembapan yang tinggi. Permintaan untuk gaharu juga semakin tinggi walaupun pengeluarannya semakin berkurangan. Jesteru itu, harga gaharu akan meningkat pada setiap tahun. Kebanyakkan gaharu telah di eksport kepada pemborong – pemborong di Singapura, Timur tengah, Hong Kong dan Taiwan.

Di samping itu juga, harga gaharu dapat mencecah sehingga rm 14 – 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga tinggi iaitu rm 45 ribu/ kg ( kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum di piawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli ). Asia tenggara merupakan pengeksport dan mengeksport gaharu bernilai rm48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20 % daripada permintaan pasaran. Pada masa sekarang kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad.

Penanaman pokok gaharu amat sesuai di jalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah di terokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan di integrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi. 



1.0.      Kesimpulan.
Pokok gaharu merupakan spesis yang sangat terkenal ekoran daripada penghasilan produknya yang memberi keselesaan dan kepentingan kepada manusia. Jesteru itu, penanaman semula harus dilakukan bagi mengelak spesis ini daripada mengalami kemusnahan dan pupus disebabkan oleh pengambilan gaharu secara tidak terkawal . Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular. Tetapi tidak bagi Negara lain seperti Indonesia, Thailand dan kemboja. Ia sudah lama di jalankan di Negara tersebut dan ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi. Walaubagaimanapun, semua pihak yang terlibat seharusnya bekerjasama di dalam memajukan sektor perhutanan ini dan mengurang serta dapat menagwal kemusnahan pokok yang sedia ada.

Rujukan
GaharuOnline. http://www.gaharuonline.com/gaharu_name.htm diakses pada 26 mei 2012.
Malaysia Timber Council ( MTC ), 2007. Malaysia Pengurusan Hutan Mapan. http://www.mtc.com.my/info/images/stories/pdf/pengurusan-hutan.pdf di akses pada 26 mei 2012.