ha..... sapa pandai...ni pokok apa?????? na...na....na..... xthu la tu... klu yg thu tu.... bgus la..hampa mmg mmg cintakan alam sekitar..hehehhehehehehehehhehehehehhee
bagi yang xthu... nie adalah POKOK GAHARU...... nie hasil daripada apa yg aku tgok dri pgalaman aku la....
mula2 kita tgok dulu ....
i. Jenis Pokok Gaharu
Pokok Gaharu mempunyai pelbagai jenis dari segi pelbagai segi. Gaharu amat dikenali sebagai Chan - Xiang di dalam bahasa Cina. Manakala di dalam bahasa jepun pula, ia digelar jin – koh. Kedua – dua nama tersebut mempunyai makna yang sama iaitu ‘ Kemenyan Tenggelam ‘ iaitu merujuk kepada ketumpatannya yang tinggi. Di dalam bahasa Arab, gaharu di gelar kayu literal yang mengambarkan gaharu di dalam Negara dan berdasarkan akidah islam. Di samping itu juga, minyak wangi barat juga menggunakan minyak daripada pokok gaharu iaitu di gelar ‘ Oud ‘ atau ‘ Oude ‘.
Di Eropah ia dirujuk sebagai Lignum Aquila ( kayu burung helang ) atau Agilawood ekoran persamaan bunyi agila dengan gaharu. Antara nama lain ialah lignum Aloes atau Aloeswood. Terdapat pelbagai gelaran bagi pokok gaharu mengikut Negara – Negara yang mempunyai pokok gaharu. Contohnya :
Jadual 1 : gelaran bagi pokok gaharu mengikut Negara.
Bil. | Nama negara | Gelaran |
1. | Assamesa | Ogoru |
2. | Indonesia dan Malaysia | Gaharu atau Pokok Karas |
3. | Vietnam | Tram Huang |
4. | New Guinea | Ghara |
5. | Hindi ( India ) | Agar |
6. | Thailand | Mai Kritsana |
7. | Loas | Mai Ketsana |
Jadual 2 : Antara jenis gaharu mengikut Negara .
Bil | Spesies | Negara |
1. | Aquilaria Subintegra | Thailand |
2. | Aquilaria Sinensis | China |
3. | Aquilaria Rostrata | Malaysia |
4. | Aquilaria Microcapa | Indonesia dan Malaysia |
5. | Aquilaria Khasiana | India |
6. | Aquilaria Hilata | Indonesia dan Malaysia |
7. | Aquilaria Grandiflora | China |
8. | Aquilaria Filaria | Nuegini dan China |
9. | Aquilaria Cumingiana | Indonesia dan Philippines |
10. | Aquilaria Brachyantha | Malaysia |
11. | Aquilaria Beccarian | Indonesia |
12. | Aquilaria Baneonsis | Vietnam |
13. | Aquilaria Baillonil | Thailand, Combodia, Loas dan Vietnam |
14. | Aquilaria Apiculata | Philippines |
15. | Aquilaria Malaccensis | Thailand, India, Indonesia dan Malaysia |
16. | Aquilaria Crassna | Thailand, Cambodia, Loas dan Vietnam |
Jadual 3 : Antara jenis gaharu yang terdapat di Malaysia
Bil. | Nama Saintifik | Negeri / kawasan taburan semulajadi |
1. | Aquilaria Hirta | Sepanjang pantai timur, Terungganu, Pahang dan Johor |
2. | Aquilaria Beccariana | Bahagian selatan Johor |
3. | Aquilaria Rostrata | Pahang ( Gunung Tahan), Habitan gunung |
4. | Aquilaria Malaccencis | Seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak kecuali Kedah dan perlis. |
5. | Aquilaria Microcarpa | Johor dan kawasan bakau |
ii. Ciri – ciri Gaharu di Malaysia
Pokok Gaharu mempunyai ciri – cirinya yang tersendiri. Antaranya ialah :
Jadual 4 : ciri – ciri gaharu mengikut nama.
Bil. | Nama Saintifik | Ciri – ciri |
1. | Aquilaria Hirta | Pokok kecil dalam lingkungan 15 cm tinggi, permukaan di bawah daun adalah berbulu, daun berbentuk ovate oblong |
2. | Aquilaria Beccariana | Pokok adalah sederhana. Dalam lingkungan 20m, urat kedua daun adalah lebih jelas, daun berwarna kelabu dan tidak berkilat, |
3. | Aquilaria Rostrata | Urat kedua daun tidak jelas |
4. | Aquilaria Malaccencis | Permukaan daun berkilat, runcing dan bujur. |
5. | Aquilaria Microcarpa | Pokok besar dalam lingkungan 36m, buah kecil dan berbentuk hati. |
iii. Kegunaan Pokok Gaharu
Pokok gaharu mepunyai pelbagai jenis kegunaan yang sering di komersialkan. Pada kebiasaanya, batang, daun dan akar pada pokok gaharu akan digunakan untuk membuat produk komersial. Pelbagai Produk telah dihasilkan melalui bahan tersebut. Antaranya ialah :
a. Produk wangian.
Gaharu mempunyai resin yang padat yang terdapat di dalam jaringan kayu yang memiliki enam komponen utama iaitu furanoid sesquiterpenen ( a – agarofuran, bagarofuran dan agarospirol ), furanoid sesquiterpene, chromone ( dari jenis A, malacensis ), sequiterpenoido, eudesmana dan valencana. Kandungan tersebut merupakan ciri khas bagi gaharu seperti chromone yang memberikan aroma yang harum. Bahan gaharu yang sering digunakan merupakan dalam bentuk bahan baku ( kayu, bulatan, cacahan dan bubuk ). Aroma yang wangi dan harum yang diperolehi dengan cara membakar secara sederhana dan sering dilakukan oleh Masyarakat Timur Tengah seperti Arab Saudi, Uni Emirat Arab, Yaman dan Oman. Manakala penggunaan secara bervariasi lebih banyak dilakukan di China, Korea dan Jepun seperti bahan baku industri minyak wangi, perubatan, kosmetik, dupa dan pengawet perlbagai jenis asesoris serta untuk keperluan kegiatan relijus.
b. Perubatan
Ekoran daripada perkembangan teknologi yang kian meningkat, teknologi perubatan juga dilihat semakin maju. Teknologi perubatan telah membuktikan bahawa gaharu mempunyai pelbagai faedah seperti ubat – ubatan. Contohnya, anti asmatik, anti mikroba, stimulasi saraf dan pencernaan. Pada zaman cina kuno, gaharu digunakan sebagai ubat untuk mengurangkan sakit perut, perangsang nafsu, penghilang rasa sakit, kanser, tersedak, sakit ginjal, sakit paru – paru dan sebagainya. Manakala di Eropah pula, gaharu dijadikan sebagai ubat untuk kanser. Di India, gaharu di gunakan untuk ubat bagi tumor usus. Selain itu juga, bagi Negara lian seperti Singapura, China, Korea, Jepun, USA gaharu telah digunakan sebagai ubat untuk menghilangkan stress, asma, hepatitis, sirosis.
iv. Tumbesaran dan permatangannya
Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter ( tinggi ) dan berdiameter 40 cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi akan mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada ketahanan pokok dan tindak balas kecederaan pokok tersebut. Pokok gaharu juga hidup di kawasan tanah pamah sehingga 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan serta kelembapan yang tinggi. Permintaan untuk gaharu juga semakin tinggi walaupun pengeluarannya semakin berkurangan. Jesteru itu, harga gaharu akan meningkat pada setiap tahun. Kebanyakkan gaharu telah di eksport kepada pemborong – pemborong di Singapura, Timur tengah, Hong Kong dan Taiwan.
Di samping itu juga, harga gaharu dapat mencecah sehingga rm 14 – 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga tinggi iaitu rm 45 ribu/ kg ( kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum di piawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli ). Asia tenggara merupakan pengeksport dan mengeksport gaharu bernilai rm48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20 % daripada permintaan pasaran. Pada masa sekarang kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad.
Penanaman pokok gaharu amat sesuai di jalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah di terokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan di integrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.
1.0. Kesimpulan.
Pokok gaharu merupakan spesis yang sangat terkenal ekoran daripada penghasilan produknya yang memberi keselesaan dan kepentingan kepada manusia. Jesteru itu, penanaman semula harus dilakukan bagi mengelak spesis ini daripada mengalami kemusnahan dan pupus disebabkan oleh pengambilan gaharu secara tidak terkawal . Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular. Tetapi tidak bagi Negara lain seperti Indonesia, Thailand dan kemboja. Ia sudah lama di jalankan di Negara tersebut dan ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi. Walaubagaimanapun, semua pihak yang terlibat seharusnya bekerjasama di dalam memajukan sektor perhutanan ini dan mengurang serta dapat menagwal kemusnahan pokok yang sedia ada.
Rujukan
Malaysia Timber Council ( MTC ), 2007. Malaysia Pengurusan Hutan Mapan. http://www.mtc.com.my/info/images/stories/pdf/pengurusan-hutan.pdf di akses pada 26 mei 2012.