CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 29, 2014

pertemuan dan penantian



kita dipertemukan atas dasar takdir. kita xminta di pertemuka. org ckp 'pertemuan' itu adalah jodoh. kita x merancang untuk di pertemukan. semuanya adalah takdir yang Allah telah sediakan untuk kita.

satu pertemuan yang telah melahirkan rasa yang aneh di hati. pelik dan cuba menjauhi, tpi xbjya. pengalaman mengajar aku erti di kecewa dan pengharapan. aku cuba mengelak dari merasa rasa yg tdak pernah ku inginkn.namun aku lemah dlm mengawal rsa itu. tak salah jika ada rasa iti kerana ia afdalah fitrah manusia. rasa d sayangi dan menyayangi.

makin hari, rsa itu makin memdalam sehingga ia menolak rsa tkut di kecewakan. hati yang kian lkemah terus menyimpan 1000 rasa yang indah. namun...

adakah pertemuan ini akan menjadi persinggahan semata mata? aku amat berharap poeryemuan ini bukanlah satu persinggahan bgi mnguji kkuatan hati ini. barlah pertemuan ini akan membawa kita terus ke perhubungan yang 'halal' dan saling melerngkapi untuk sama - sama ke Syurga Yang Maha Esa..

penantian...

inn Shaa Allah, dengan izin Allah, saya tunggu awak . saya pasti Allah hadirkan awak dlm hidup saya dgn pelbagai hikmah.. biarlah rasa ini terus berasa dalam rahsia Allah. saya pasti sampai satu masa Allah akan memakbulkan doa itu.. sy pasti, skrg bkn msa yang tepat utk semua itu kerana kita masih mempunyai agenda tersendiri untuk di gapai.

awak, saya tunggu saat itu. aminnn..

di mana pon awk berada, tolong lah jaga hati awk dri di cemari dengan duniawi yg sia-sia. sy harap awk sntiasa brada di landasan dan jalan yang di redhai Allah. doa sy sentiasa bersama awk.

biarlah aku menanti itu sehingga ia pasti untuk menyatu...

Tuesday, August 26, 2014

bolehkah kite berdoa si pulan bin si pulan untuk dijadikan jodoh?














Kita selalu runsing, adakah jodoh, takdir dibenarkan untuk memilih. Masa aku tengah search..aku baca satu persoalan ni...terungkai la kejap.so aku copypaate je la untuk bacaan semua.. Blog ni dari ustazlove.com. selamat membaca~~~


Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada herm herm (ini nama samaran beliau)..
salam ustaz, bolehkah kite berdoa si pulan bin si pulan untuk dijadikan jodoh? bukankah jodoh sudah tertulis.. boleh ustaz ulas sikit, kepada org yg btol2 nak sgt kat someone ni… tak putus2 doa untuk dijodohkan dgn si pulan bin si pulan ni….. thank you ustaz
Soalan yang hampir sama ditanyakan juga oleh seseorang yang menggunakan nickname iman..
ustaz..bile nak reply tentang tu ustaz..hehe..kdg2 saya pun confuse…btul ke jodoh tu xleh ubah?..blh ke kita doa yg kite nak dijodohkan ngan si polan..? byk sgt yg sy baca n sy jd confuse..arap ustaz leh mbantu…thanks ustaz love..may ALLAH bless u..
Persoalan jodoh ni sebenarnya termasuk dalam perkara yang telah ditakdirkan.. sama macam rezeki, ajal maut dsb. Ia termasuk dalam perkara ghaib yang siapa pun tak mampu nak mengetahuinya termasuklah tukang tilik atau tukang karut. Bila kita tak tahu persoalan jodoh, macam mana kita nak tahu yang seseorang itu adalah jodoh kita, atau bukan jodoh kita? Adakah melalui firasat, tarikan hati, degupan jantung ketika bertentang mata, lambungan duit syiling bunga atau kepala dsb? Kalau kita tak tahu macam mana rupanya kereta, macam mana kita nak tahu yg pilihan kita adalah kereta proton dan bukannya BMW?
Sebab itu dalam persoalan jodoh ini, lebih mudah nak faham kalau kita bandingkan dengan persoalan rezeki. Rezeki juga telah ditetapkan oleh Allah semenjak kita dalam perut ibu lagi.. tapi kita diperintahkan oleh Allah untuk bertebaran atas muka bumi ini untuk mencari rezeki. Bahkan Allah juga menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.
Daripada sini, kita dapat memahami bahawa ada ketetapan (takdir) Allah itu yang tidak akan berubah, dan ada juga yang boleh berubah bergantung kepada usaha kita (atas pilihan kita sama ada nak memilih yang itu atau yang ini). Kita bukanlah berfahaman Jabbariah yang meyakini semua yang berlaku itu ditentukan oleh Allah dan takde kaitan dengan perbuatan manusia.. seolah2 nak menunjukkan yang Allah itu kejam kerana telah menetapkan seseorang itu menjadi baik atau jahat, ataupun menjadi ahli syurga atau neraka tanpa diberi pilihan kepada manusia untuk memilih jalannya sendiri.. Kita juga bukanlah berfahaman Qadariah yang meyakini segala perbuatan manusia tiada kaitan dengan takdir yg ditentukan Allah.. semuanya bergantung atas manusia itu sendiri..
Kita meyakini akan takdir Allah dan kita juga memahami akan kaitannya dengan amalan manusia.. Allah telah mentakdirkan sesuatu, tetapi manusia itu mampu memilih sama ada untuk melalui jalan yang baik mahupun yang buruk dengan panduan akal dan hati, tempat letaknya ilmu dan iman. Sama ada kita nak menjadi seorang yang taat beribadah, atau menjadi ahli maksiat, itu adalah pilihan kita sendiri tanpa menafikan ia juga adalah takdir Allah. Yang tidak boleh diubah adalah sesuatu yang di luar bidang kemampuan manusia seperti waktu kematian, pertukaran malam dan siang, pergerakan planet2 dsb.
Berbalik kepada persoalan jodoh.. ia sama juga kaedahnya macam rezeki.. kita diperintahkan untuk mencarinya.. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. menyuruh untuk memilih wanita (pasangan) yang beragama. Ini menunjukkan bahawa ia juga satu usaha dan pilihan manusia untuk mencari pasangan yang beragama, dan bukannya sekadar menunggu jodoh turun daripada langit. Begitu juga dengan rezeki, walaupun ia telah ditetapkan, kita tetap disuruh untuk mencari rezeki Allah di atas muka bumi ini. Ikhtiar dan usaha kita ini adalah sebagai tanda ketaatan kita kepada perintah Allah, juga sebagai ujian terhadap kita sama ada kita meyakini rezeki yang kita cari itu adalah disebabkan usaha kita sendiri, ataupun kita meyakini yang rezeki itu datangnya daripada Allah.. hasil keyakinan inilah yang akan membezakan kedudukan kita, sama ada syirik kepada Allah, atau beriman dengan Allah.. Jika kita meyakini usaha kita mencari rezeki sehingga terlupa dari mana datangnya rezeki itu (dari Allah), maka kita akan menjadi seorang yang kufur nikmat, bongkak, busuk hati, kaki busuk dsb.
Jadi, oleh kerana jodoh itu juga sesuatu yang mampu kita usahakan, maka tiada salahnya untuk kita berdoa semoga disatukan dengan pilihan hati kita. Berdoa itu juga termasuk dalam usaha dan ikhtiar. Namun, keyakinan kita tetap pada Allah yang menetapkan jodoh kita.. Seandainya kekasih hati itu menjadi jodoh kita, kita akan bersyukur dengan jodoh yang ditentukan Allah itu.. jika ditakdirkan dia bukan jodoh kita, kita akan sabar dan redha kerana yakin jodoh itu ditentukan oleh Allah.
Ustaz Love tak berapa suka nak guna istilah ‘mengubah’ takdir, sebab kita tak tahu pun apa takdir kita.. jadi, bagaimana kita nak tahu ia telah diubah atau memang itu yang ditetapkan oleh Allah? Ustaz Love lebih suka menggunakan istilah ‘memilih’.. Allah telah berikan kita akal untuk memilih.. nak pilih jodoh yang baik, ataupun nak pilih jodoh yang tak berapa baik.. itu adalah pilihan kita. Namun, kita tetap berkeyakinan yang akhirnya ia akan menjadi kenyataan atau tidak dengan izin daripada Allah. Kita pilih orang itu, orang ini, tapi kalau Allah tak izinkan, maka ia takkan menjadi jodoh kita.
Bagi Ustaz Love, daripada berdoa supaya seseorang itu menjadi jodoh kita, adalah lebih baik kita beristikharah memohon petunjuk daripada Allah. Sebab ilmu dan pengetahuan kita ini sangat terbatas.. ditambah lagi dengan dorongan nafsu yang kadang2 membutakan penilaian akal.. kita cuma nampak apa yang zahir pada pandangan mata kita.. kita tengok jejaka itu putih melepak, mungkin kita menyangka beliau seorang pembersih, sentiasa wangi, ketiak licin dsb.. tapi mungkin hakikatnya bukan begitu. Hanya Allah saja yang mengetahui sama ada seseorang itu baik atau tak, layak dibuat pasangan atau tak..
Jadi, Ustaz Love cadangkan.. jika nak berdoa, berdoalah dengan penuh pengharapan dan penyerahan..
“Jika ditakdirkan dia adalah jodoh yang terbaik buatku, mudahkanlah urusanku untuk bertemu jodoh dengannya.. jika ditakdirkan dia bukan jodoh terbaik buatku, padamkanlah perasaan ini dan jauhkanlah aku daripadanya”..
WA

Kisah Cinta Agung Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah









Kali ni selim nak kongsi mengenai kisah percintaan hebat Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya Fatimah RA... Semulia-mulia wanita adalah wanita yang paling rendah maharnya.

Apa tunggu lagi, jom baca...

**********

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.


Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibandingkan dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para fakir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar, insyaallah lebih membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, 
Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Ambik dari sini'
- See more at: http://mselim3.blogspot.com/2012/05/kisah-cinta-agung-saidina-ali-dan.html#sthash.vlnLx85f.dpuf

biarlah aku mencintaimu secara diam dan berjauhan sehingga sampai satu masa, kita akan menyatu.aminn





Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas.
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya

tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)


# aku copypaste dlm word aku.so aku xthu ni dri blog mna.tpi  mmg bila aku bca ni.aku rsa sedih n sedih.mnusuk .tu aku save dlm fon.tpi xthu dri blog mna..

Dengarlah Bintang Hatiku - De Meises lirik

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

# aku suka gila dgn lagu ni..lagu ni mmg menusuk hati aku.

Pernah one day, lagu ni di nyanyikan oleh dia msa dlm kete. Dia nyanyi slow2 je..hanya aku je dgr rsanya sbb aku tgok yg lain, buat bodo je..Aku duduk belakang dia sambil berfeeling habis la.hahaha .lpas aku dgr dia nyanyi lagu ni, hati aku lagilah tangkap jiwang gan dia.sbb dia nyanyi lagu yg aku suka.. Alhamdulillah atas nikmat yg Allah bagi.


Aku Masih Sendiri






Kiniku masih sendiri,
menjalani kehidupan ini,
tanpa menoleh ke belakang,
namun ku sering tewas,
sehingga ia datang semula,
menghantui aku.

Kiniku masih sendiri,
tanpa teman yang sering mengocak hati,
teman yang sering menjadi tempat mengadu,
teman yang sering ringan tulang bersama mengerah bebanan yang ada,
teman yang menjadi kekuatan ketika kita di perantauan,kekuatan
teman yang sering mengingatkan aku pada Penciptaku,
sungguh dia temanku.

Kiniku masih sendiri,
menanti hilangnya rasa khilafku padamu,
menanti hilangnya rasa cinta ini,
menanti semuanya dapat di kwal dengan hati yang tenang.

kiniku masih sendiri,
aku senang begini,
biar tiada hati yang akan terluka lagi,
dengan khilafku yang satu itu.

kiniku masih sendiri,
kusering berdoa,
agar bertemu denganmu,
walaupun ia sudah jauh berbeza,

# cara awk :  4 tahun hanya di gantikan selama seminggu.
# cara saya : 4 tahun belom dapat di gantikan dengan setahun.

pengharapan cinta

Pertemuan,
Hadir ketika mata bertemu mata,
Namun masih perlu di jaga mata itu,
Agar ia tak melebihi fitrah manusia.

Keakraban,
Pertemuan di hiasai pelbagai rasa,
Senang,serasi, gurauan, senyum,
Namun masih menjaga batas - batas pergaulan itu.

Kerinduan,
Ya, salh kerana merindui bukan muhrim,
Namun ia fitrah manusia dan rasa itu tetap hadir,
Walaupon di hakis, di hindari,
Hari2 dirasakan bagai ada penantian,

Cinta,
Segala tindak tanduk itu,
Melahirkan rasa cinta di hati,
Ia lahir tanpa di kawal,
Namun, harus di pendam kan sahaja,
Kerana waktu yang sesuai belum tiba,

Pengharapan,
Cinta yang di pendam,
Hanya di hiasi dengan harapan,
Hanya doa dan luahan rsa pada yang maha Esa,
Adakah harus menanti sesuatu yang xpasti.

Doa dan harapan,
Ya Allah, tolong la jaga dia untuku,
Dia telah hadir ke dalam hidupku,
Biarkan lah dia tetap berada di sisiku
Hingga ke Syurga Mu Ya Allah,
Buka kan lah pintu hati dia untuk menerima aku seadanya Ya Allah,
Aku ingin bersama dia,
Spya dia dapat membimbing, mbawa aku ke jalan yang bemar,
Dan dapat memimpin tangan ku untuk ke Syurgamu Ya Allah..

Ya Allah,
Andai dia tahu apa aku rasa kini,
Adakah cinta ini akan di balas spti mna rasa ini,
Ya Allah, cekalkan lah hatiku untuk menempuh rasa ini Ya allah,
Kerana aku belum kuat, Ya Allah...

Kuatkan lah jodoh kami berdua Ya Allah.... Seperti mana kisah kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah.
Kisah cinta yang hanya di pendam dan akhirnya bersatu.. Aaminnn Ya Rib'al a'lamin....


Warkah buat mu

Assalamualaikum,

Dari pandangan mata turun ke hati,
Itu yang aku rasa ketika
Pandangan kita bertemu,
Hati bagaikan ada satu rsa yang pelik.

Wahai bakal zaujku,
Adakah ini rasa cinta yang Allah telah kurniakan kepada semua insan untuk merasa itu,
Aku pasti, rasa itu tidak boleh di halang dari kita merasainya,
Namun kita boleh membawa rasa itu kejalan 'halal'.

Wahai bakal zaujku,
Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi rasa itu,
Kerana kita belom halal untuk merasa cinta itu,
Sehingga kita terpaksa mengambil jalan penyelesain,
Iaitu hanya berdiam diri.

Cinta dalam diam,
Ia merupakan salah satu jalan penghubung yang dapat mengawal rasa ini,
Setiap gerak gerimu,
Menjadi tatapan hari2 aku,
Namun ku simpan di hati,
Hanya di hati.

Aku tahu ia bukan waktu yang tepat untuk merasa semua itu,
Namun, aku akan tunggu
Biarlah Allah yang menetu segalanya
Hingga ia menjadi pasti..

#jika awak baca ni, mf kan sy, sbb sy xmampu ungkap dgn sendiri....
Cuba la memahaminya agar rasa itu dapat di selami





Cinta Hanya Di sekeping hati

Ya Allah,
Jika dia dapat merasai rasa hati ini,
Sungguh aku bahagia,
Untuk menanti jawapan itu.

Ya Allah,
Aku bahagia apabila kami di pertemukan,
Sehingga aku alpa,
Akan ada perpisahan yang menanti,

Ya Allah,
Aku mencintai dia,
Setiap gerak gerinya,
Menjadi sisipan dalam hatiku,

Ya Allah,
Adakah rasa ini akan berbalas,
Rasa yang kadang kala menyakitkan,
Menghampakan dan membahagiakan.

Adakah ini hanya mimpi,
Jika ya,
Biarkanlah aku begini.
Biar aku terus hanyut sehingga aku sedar rasa itu.

Jika itu jodoh,
Biar lah pertemuan ini di panjangkan
Hingga menjadi satu perhubungan yang 'halal'
Dan biarlah hingga ke Syurga..






cinta,rindu

Ya Allah..
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cinta ku pada-Mu.

Ya Allah..
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu
agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbani..
jika aku jatuh hati
jagalah hati ku padanya agar tidak aku berpaling kepada-Mu.

Ya Rabbul Izzati..
Jika aku rindu
jagalah rinduku padanya
agar tidak aku lalai dalam merindukan syurga-Mu.

Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah..
jika aku jatuh hati pada seseorang
jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan yang panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah..
jika kau halalkan aku merindui seseorang
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya pada-Mu.

Ya Allah..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu
Telah berjumpa untuk taat kepada-Mu
setelah bersatu dalam dakwah-Mu
telah berpadu dalam membela syariat-Mu
Kukuhkanlah ikatannya.

Ya Allah..
kekalkanlah ikatannya
tunjukilah jalan-jalannya
penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tidak pernah pudar
lapangkanlah dada-dada kami dengan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal ke jalan-Mu
Amin Ya Rabbal Alamin.


cinta dalam diam

Cinta yang hadir dalam diri,
Xda sapa boleh sekat dan halang,
Dari pandangan mata turun ke hati,
Maka timbul lah sayang.

Cinta itu hadir hanya memerlukan beberapa saat shj'
Cinta boleh lahir dari pelbagai pandangan,
Dari cara awk jln, senyum, ketawa, menagis
Semua itu indah.

Rasa itu cuba di sekat,
Cuba menghentikan agar ia tak melarat,
Namun ia tetap lahir,
Sehingga ia menjadi satu rsa  di hati.

Adakah cinta ini akan di balas
Jika ia di lafazkan,
Sedangkan masa belom tepat,


satu pertemuan

Alhamdulillah,
Kita dipertemukan,
Dengan hanya pandangan,
Rasa telah di lahirkan dari hati.

Alhamdulillah,
Cinta telah hadir,
Ia mengajar kita bersyukur,
Kerana cinta hadir untuk mengajar.

Alhamdulillah,
Allah hadirkan awk dlm hidup sy,
Agar sy lebih menghargai kehidupan
Dan mengenal Allah.

Alhamdulillah,
Sy lebih kenal apa itu cinta manusia,
Yang xpernah pasti dengan ketetapan.

InsyaAllah,
Saya tunggu awak hingga satu masa yang pasti.....

kehadiranmu hanya menguji



Kali pertama aku melihat engkau,
Mgkin ada rasa di hati,
Tapi aku pendamkan sahaja,
Agar ia menjadi lebih keruan,
Kerana pengalaman mengajar aku erti
Kekecewaan, kelukaan dan kesakitan
Akibat di kehampaan pada pengharapan
Cinta manusia yang tak psati.

Di setiap pertemuan,
Ada rasa itu,
Masa telah merapatkan hubungan kita,
Hingga ia lahirnya satu rasa di hati,
Rasa ' cinta',

Hari semakin besilih ganti,
Rsa itu semakin menebal,
Rasa bahagia makin di kecapi,
Sehingga kita alpa,
Saat perpisahan makin kian hampir.

Namun,
Di saat akhir,
Sepatutnya ia di hiasi dgn segala kenangan bahagia,
Namun,
Dirimu menyepi hingga memberi satu garis luka,
Agar menghentikan harapan itu,

Segalanya berakhir,
Masa yang singkat telah mengajar kita,
Erti mengharap dan kasih,

Teruskan menyepi
Agar hati ini tidak terluka lagi
Dengan sikapmu yang
Membuat aku keliru..,

Moga kita bertemu lagi...
Harap jodoh kita sampai ke syurga..... Aminn Ya Rob all allamin

#xsalahkan mengharap dan berdoa pada Allah sbb tu yg paling terbaik